2

27 & 28 Feb di Pusat E-Desa Pekan Mesapol, Sipitang

 
Dalam jadual tugasan, sepatutnya kena jadi Asistant Trainer di AMC KK untuk kelas Adobe Dreamweaver CS4. Petang khamis,pihak pengurusan arahkan saya out station ke Sipitang lagi untuk mengajar kelas MS Power Point. Di Sipitang dah biasa, tiada masalah sangat cz dah biasa dengan pihak pengurusan Pusat E-Desa Pekan Mesapol, pihak UPKR Parlimen Sipitang dan lain-lain pihak. Jadi pabila di arahkan ke Sipitang, ok no problem. 
 
Ini first time mengajar MS Power Point, x lah susah mana cz dah biasa guna semenjak sem 1 masa study di UUM. Mana-mana pelajar IPTA/S pastinya mahir mengenai power point ni cz ianya digunakan dalam semua jenis pembentangan. Tak kira anda pelajar semester 1 atau semester akhir. Semua kena master menggunakan MS Power Point ni.

Student kebanyakannya sama je dengan minggu lepas, cuma ada sedikit penambahan student cz minggu sebelumnya x cukup kuota iaitu 10 orang. Basicly ok, just follow rule & silibus mengajar yang di sediakan oleh AMC. Daripada cara-cara create dokumen power point sehingga lah menjadikan presentation mereka sebagai satu animasi hidup yang mempunyai bunyi dan juga gerakan yang menarik. MS Power Point 2007 menjanjikan banyak pilihan animasi dan sound yang lebih menarik berbanding daripada versi sebelumnya.

 
                             
Ni lah wajah student aku sepanjang dua hari. X lah banyak karenah sangat berbanding sesi sebelumnya. Sesi sebelum ni saya cabut LAN cable cz mereka ada yang buat kerja lain daripada yang di ajar. Hehe, semua jadi baik-baik belaka dan terus dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada proses pembelajaran. Bukan semua kursus menggunakan sambungan internet cable, jadi sebaiknya cabut supaya mereka lebih faham dan dapat tumpukan perhatian yang penuh kepada proses pembelajaran.
Hari sabtu ( 27/02 ) saya mengajar Presentation Level 1 ( MS Power Point ) dan hari ahad Presentation Level 2 ( MS Power Point ). Semoga proses pembelajaran yang mereka lalui dan pengetahuan yang mereka perolehi akan digunakan untuk kerja-kerja bermanfaat kepada agama,bangsa dan negara di masa hadapan.

Special Thanks :
1) Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat  Negeri Sabah
2) Advanced Business Systems Consultants Sdn Bhd
3) Pengurusan Pusat E-Desa Pekan Mesapol
4) UPKR Parlimen Sipitang
5) Abang saya yang bagi tumpang rumah di Naparan...hehe
6) dan lain-lain lagi


0

Senarai Subjek Yang Di Tawarkan Dalam ICT Training Programme


Ada yang tak tahu, ada juga yang tak nak tahu dan ada juga yang tahu tapi buat2 tak tahu dan tak nak belajar. Di bawah saya senaraikan untuk anda senarai subjek yang di tawarkan secara percuma ( sijil & makan disediakan ) oleh Advanced Business Systems Consultants Sdn Bhd untuk rujukan anda.

* Basic Computer & Internet Studies
* Word Processing ( MS Word )
* Spreadsheet Level 1 & Level 2 ( MS Excel )
* Presentation Level 1 & Level 2 ( MS Power Point )
* Publishing ( MS Publisher )
* Word Processing ( Open Office-Writer )
* Spreadsheet ( Open Office- Calc )
* Presentation ( Open Office-Impress )
* Photo Editing Level 1 & 2 ( Adobe Photoshop CS 3 )
* Graphic Design ( Corel Draw )
* Movie Editing ( Windows Movie Maker )
* Basic Animation ( Adobe Flash CS3 )
* Webpage Design ( Adobe Dreamweaver CS4 )
* Webpage Design ( Expression Web )
* dan banyak lagi.......Rujuk http://www.amc.edu.my/

Program ini berjalan di seluruh negeri Sabah, meliputi 37 buah pusat mengajar di keseluruhan negeri Sabah. Nak tahu tempat dan juga cara mendaftar, boleh rujuk di sini.

NO
ZONE
TRAINING CENTRES
COORDINATORS
1
APIN-APIN
SMK Apin-Apin
Rufiza (087-336339)
2
BEAUFORT
Cyber Net, Beaufort
Jacky (0138801198)
3
BELURAN
IT Base Beluran
Yusoflatif (089-512813)
4
KALABAKAN
Medan Infodesa Daya Wawasan, Marotai
Daniel (088-235218)
5
KEMABONG
Pusat E-Desa Pekan Kemabong
Lily Yong (0135528943)
6
KENINGAU
SJK ( C ) Yuk Yin
Zaliha (088-235218)
PC Green
Edwin (0138933388)
Cyberlab Keningau
Hector (0198321402)
7
KINABATANGAN
SK Kota Kinabatangan
Sabril Ludin (089-561980)
8
KOTA BELUD
SJK ( C ) Chung Hwa
Miss Gui (0165859007)
S K Kiau Satu
Losius (0198093960)
Pusat E-Desa Usukan, Kg Pantai Emas
Ramilkan (0146564355)
9
KOTA KINABALU
AMC The School Of Business
Victor/Angeline (088-235318)
10
KOTA MARUDU
TT Com Net
Jamaludin (0198955969)
11
KUALA PENYU
SMK Pekan Kuala Penyu
Ariziwan (0198046664)
12
KUDAT
SJK ( C ) Lok Yuk Batu 1
Arenawati (0198305513)
13
KUNAK
SK Kunak 1
Pn Sainum (089-851216)
14
KUNDASANG
Pusat E-Desa Bundu Tuhan
Johnny (0198617107)
15
LAHAD DATU
Pusat Komputer Informasi
Suharsi (012-8653875)
16
LUMADAN
SK Lupak
Tuan Hj Malek (0148541245)
17
MATUNGGONG
Pusat E-Desa Kg Adong, Matunggong
Thomas (0138961922)
18
MATUPANG
SMK Matupang Jaya
Boyd Sharif (0198036673)
19
MEMBAKUT
Pusat E-Desa Kg Saga-Saga
Hj Asan (0198413541)
20
MENUMBOK
SK Pekan Menumbok
Jami (087-831049)
21
PAITAN
E-Desa Kg Tangkarason
Jakiy (0135484527)
22
PAPAR
Cybernet, PaparCentury Plaza
Jacky (0138801198)
23
PITAS
S K Pekan Pitas
Fauziah (0195386209)
24
RANAU
SRK St Benedict
Roslan (0135401905)
25
SANDAKAN
Konny Computer Enterprise, Kim Fung
Konny (0168267678)
SM St Mary
Roslan (019-8992400)
Pusat E-Desa Kg Muhibbah, Sibuga
Roslan (019-8992400)
26
SEMPORNA
SJK ( C ) Nyuk Hwa
Lee Chong Wah (0198045050)
27
SIPITANG
Pusat E-Desa Pekan Mesapol
A.Rahman (0138788438)
28
SUKAU
SK Sukau
088-235218 (Daniel)
29
TAMBUNAN
Pusat E-Desa Kg Keranaan
Cauyus (0138672291)
31
TAMPARULI
SJK ( C ) Chung Hwa, Tamparuli
Lucy (0146532588)
32
TANDEK
SMK Tandek
Jason (016-8801270)
33
TAWAU
SJK ( C ) Hing Hwa
Mdm Lam (0128103030)
34
TELUPID
Pusat E-Desa Kg Taviu,Telupid
En Kipas (0138592698) /
088-235218 (AMC)
SMK Tongod
Hanizah (088-235218)
35
TENOM
SM Tshung Tsin Tenom
Mdm Wong Choi Chin (0168480169)
Vizion
Mr Chin (0138588988)
36
TUARAN
Pusat E Desa Kg Indai, Tuaran
088-235218 (AMC)
SMK Badin
Pn Tahniah (088-788357)
37
TUNGKU
Felda Prodata Systems S/B, Bandar Cenderawasih
Omar (0168135318)

0

Jalan-Jalan Di Sipitang

 
Pic 1 : Senja Di Sipitang


Pic 2 : Salah Satu Pasaraya Yang Ada ( G-Mart )


Pic 3 : Jambatan Untuk Menikmati Keindahan Alam
Setiap kali berakhir kelas di Sipitang, destinasi seterusnya yang saya tuju ialah pesisir laut di pekan Sipitang. Banyak tempat-tempat yang menarik, antaranya ialah koleksi gambar yang anda lihat ini. Di samping itu, terdapat juga esplanade Sipitang yang masih dalam proses pembinaan. Dari segi kebersihan, Sipitang baik2 sahaja, sampah di laut pun sikit kelihatan, tidak macam di pekan Semporna ( my hometown ) yang mana sampah di pesisir lautnya jelas kelihatan.

Dari segi kelompok masyarakat, saya x buat analisis lagi setakat ni, yang pasti kelompok masyarakat adalah dari pelbagai lapisan masyarakat dan juga bangsa. Memang masyarakat majmuk. :)
Cukup Setakat Di Sini Ye !!!