0

Sipitang 20 & 21 Feb 2010


PIC 1 : Student 20 Feb 2010


 
PIC 2 : Student 21 Feb 2010

Salam di Bulan Februari 2010, dah masuk bulan ke 2 di tahun 2010 rupanya.

Nampaknya pengurusan AMC ( Majikan ) suka hantar saya ke Sipitang untuk mengajar di sini. ( I Like Too ).
Pada hari pertama, course yang saya ajar ialah Basic Computer & Internet Studies. Sama gak dengan sebelum-sebelum ni. Cuma student je yang lain daripada dulu. Hari pertama hanya 6 orang je student saya. Huhuh, 6 orang jak. Walau apa pun, tugas mengajar perlu di teruskan. Pengambilan student bukan saya yang uruskan ea. Basicly kene ada 10 orang student dalam kelas, tapi dah ada 6 orang, takkan kelas x jalan pulak kan. Jadi terus mengajar cam biasa tanpa sebarang halangan.

Student cam biasa terdiri daripada kalangan pelajar dari SMK Pengiran Omar 1 & 2. Semua belasan tahun lagi. Silibus dalam kelas ni cm biasa lah, saya kene mengajar asas-asas komputer seperti tikus, hardisk, ram ,motherboard dan lain-lain lagi. Kebanyakan penerangan hanya berlegar sekitar definisi, fungsi dan juga kebaikan serta kelemahan. Ramai juga lah yang tau tengok perkakasan komputer tetapi fungsi dan juga jenis tak ramai yang tahu. Normal lah tu.

Sesi waktu petang seperti biasa hanyalah berkenaan dengan cara-cara membuat email dan juga blog sendiri. Sebelum tu student di perkenalkan kepada asas internet seperti browser dan juga method-method penyambungan internet. Hari kedua pula berkenaan dengan Microsoft Office 2007. Apa yang perlu di ajar hanyalah asas sahaja. Ianya melibatkan cara-cara create new document, simpan dokumen, masukkan gambar dan pelbagai asas-asas penggunaan Microsoft Word yang lain. Untuk kelas nie, kami menggunakan perisian Microsoft Office Word Versi tahun 2007.

Mantap pelajar-pelajar zaman sekarang ni, masih sekolah menengah dah di ajar berkenaan penggunaan komputer dan perisian asas komputer. Tak lah terkapai-kapai bila keluar dari dunia sekolah menengah dan juga masuk U pun ada asas untuk membuat pelbagai tugasan & assignment yang di amanahkan.

Special Thanks

* Kerajaan Negeri Sabah ( Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat
* Advanced Business Systems Consultants Sdn Bhd
* Pengurusan Pusat E-Desa Pekan Mesapol
* UPKR Parlimen Sipitang

0

Tugasan Pertama 6-7 Februari 2010

Tugasan pertama yang diberikan kepada saya ialah mengajar di Sipitang. Hari pertama mengajar mengenai asas komputer dan aplikasi internet. Asas komputer macam biasa hanya mengajar berkenaan definisi dan fungsi perkakasan komputer. Hanya itu, transmisi data dalam sebuah komputer tidak di ajar ya. Hehe. Bagi aplikasi komputer pulak, saya hanya mengajar berkenaan cara membuat email dan juga memiliki blog sendiri. Sebelum tu adalah pengenalan kepada tools yang terlibat dalam aplikasi internet.

Hari kedua, mengajar Word Processing. Sesi pertama di waktu pagi adalah penerangan kepada icon-icon dan simbol dalam paparan antara muka perisian Microsoft Word 2007. Sesi petang pulak adalah latihan-latihan asas seperti masukkan imej ke dalam Word, membuat tulisan cantik menggunakan Word Art, seragamkan perenggan, masukkan tarikh, masukkan page header dan lain-lain lagi. Jangan gelak pulak, tapi hampir ke semua student tak mahir benda ni, adalah seorang dua yang tau gak.

akhir kata, terima kasih Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat ( Sabah ) yang sponsor program ni, pihak UPKR Dun Sindumin & Parlimen Sipitang dan lain-lain pihak yang tak dapat disebutkan.
Di bawah koleksi gambar yang sempat di snap.....



2

Sebuah Permulaan Sebagai ICT Trainer


19 January 2010 : Saya melihat Iklan Kekosongan Jawatan ICT Trainer di laman web Sabah Job Link. Dalam masa yang sama saya dapat inform saya layak untuk interview jawatan GSTT di PPD Tawau. GSTT ??? Guru sandaran tidak terlatih. Bagaimana hendak pergi ??? Xpa lah, just give the others chance.

0330pm : Saya segera ke lokasi AMC di Kompleks Karamunsing, namun rupanya dah bepindah ke Likas Square. Tu pun tesesat sehingga ke Kingfisher. Jalan KK ni xlah arif sangat. Boleh sesat lagi. Sampai ke Likas Square namun telupa pulak bawa resume. Merempit ke KK untuk print resume. Boleh tahan print black & white 4 keping RM 4 semua. Interview undersport di pejabat AMC likas square dan Human Resource akan Inform dapat atau tak jawatan ni.

23-30 Januari 2010 : @ Semporna, SABAH

01 Feb 2010 : Berjumpa bahagian HR untuk tnya status, alhamdulillah, berjaya juga akhirnya. Tugasan pertama yang di berikan ialah 6 & 7 February di Pusat E-Desa Pekan Mesapol ( Sipitang )

Kerja ni pelik sikit, hehe. Bekerja hanya pada waktu malam dan hujung minggu sahaja, jadi semasa waktu pejabat, free tanpa buat apa pun. Yang penting kerja ni memang enjoy coz hanya mengajar yang asas sahaja, bukannya advanced level seperti masa belajar degree dulu. Salary ???boleh tahan juga cz monthly boleh kalahkan gaji seorang berkelulusan diploma di jabatan kerajaan.