07 March 2010

27 & 28 Feb di Pusat E-Desa Pekan Mesapol, Sipitang

 
Dalam jadual tugasan, sepatutnya kena jadi Asistant Trainer di AMC KK untuk kelas Adobe Dreamweaver CS4. Petang khamis,pihak pengurusan arahkan saya out station ke Sipitang lagi untuk mengajar kelas MS Power Point. Di Sipitang dah biasa, tiada masalah sangat cz dah biasa dengan pihak pengurusan Pusat E-Desa Pekan Mesapol, pihak UPKR Parlimen Sipitang dan lain-lain pihak. Jadi pabila di arahkan ke Sipitang, ok no problem. 
 
Ini first time mengajar MS Power Point, x lah susah mana cz dah biasa guna semenjak sem 1 masa study di UUM. Mana-mana pelajar IPTA/S pastinya mahir mengenai power point ni cz ianya digunakan dalam semua jenis pembentangan. Tak kira anda pelajar semester 1 atau semester akhir. Semua kena master menggunakan MS Power Point ni.

Student kebanyakannya sama je dengan minggu lepas, cuma ada sedikit penambahan student cz minggu sebelumnya x cukup kuota iaitu 10 orang. Basicly ok, just follow rule & silibus mengajar yang di sediakan oleh AMC. Daripada cara-cara create dokumen power point sehingga lah menjadikan presentation mereka sebagai satu animasi hidup yang mempunyai bunyi dan juga gerakan yang menarik. MS Power Point 2007 menjanjikan banyak pilihan animasi dan sound yang lebih menarik berbanding daripada versi sebelumnya.

 
                             
Ni lah wajah student aku sepanjang dua hari. X lah banyak karenah sangat berbanding sesi sebelumnya. Sesi sebelum ni saya cabut LAN cable cz mereka ada yang buat kerja lain daripada yang di ajar. Hehe, semua jadi baik-baik belaka dan terus dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada proses pembelajaran. Bukan semua kursus menggunakan sambungan internet cable, jadi sebaiknya cabut supaya mereka lebih faham dan dapat tumpukan perhatian yang penuh kepada proses pembelajaran.
Hari sabtu ( 27/02 ) saya mengajar Presentation Level 1 ( MS Power Point ) dan hari ahad Presentation Level 2 ( MS Power Point ). Semoga proses pembelajaran yang mereka lalui dan pengetahuan yang mereka perolehi akan digunakan untuk kerja-kerja bermanfaat kepada agama,bangsa dan negara di masa hadapan.

Special Thanks :
1) Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat  Negeri Sabah
2) Advanced Business Systems Consultants Sdn Bhd
3) Pengurusan Pusat E-Desa Pekan Mesapol
4) UPKR Parlimen Sipitang
5) Abang saya yang bagi tumpang rumah di Naparan...hehe
6) dan lain-lain lagi


2 comments:

Anonymous said...

Salam,tumpang tanya. berapa lama student mu kena habiskan setiap subjek. Biasanya mula jam berapa dan tamat jam berapa?

msaidins said...

cm biasa 0800am-0500pm

0800-0830 am : buat sedikit research tentang level mereka
pas tu baru mengajar based on level diurang lah.
hbs jam 0430 pas tu baru bg borang tu untuk di isi.

basic silibus spt dlm buku, kalau student cepat faham, mmg ajar y di luar sukatan buku tetapi masih relevan with the course lah

Post a Comment