0

XPDC Memancing Di Bintuka ( 21 Mac 2010 )



Memandangkan kelas tiada pada 21 Mac 2010, waktu yang terluang di manfaatkan sepenuhnya untuk menduga tarikan ikan di Sg Bintuka,Beaufort. Seawal jam 0400 pagi ( mamai lagi ), kami bergerak dari rumah abang saya di Sipitang ke Jeti Hj Kumit di Bintuka. Rasa malas pada mulanya ada,tetapi memandangkan dah lama tak memancing, last2 bersemangat juga untuk turun menduga ikan di Bintuka. Kami selamat sampai ke Jeti Hj Kumit sekitar jam 0545 am. Langkah pertama adalah menyiapkan bot & peralatan memancing lain agar semuanya dalam keadaan baik, mana tau dapat merasa tarikan ikan 5KG kan ???

Lokasi pertama memancing, saya & fazli tidak merasa pun tarikan ikan. Kail tersangkut di dasar ada lah juga. Hehe, tapi team sebot kami ( Jeep ) dapat menaikkan serunsung 1.5KG beserta ikan-ikan lain seperti kerapu dan seangkatan dengannya. Perpindahan ke port kedua menyaksikan dalam tempoh 10 minit,kami tak cukup masa melayan tarikan ikan putih & kerapu. Dalam tempoh tu jak saya dapat menaikkan 3 ekor ikan putih (average berat 0.6-0.8 Kg ). Fazli & Jeep pun dapat menaikkan beberapa ekor ikan.

Port-port memancing berikutnya dapatlah juga beberapa ekor ikan, tapi tak sehebat Port Kedua tadi, tak menang tangan dibuatnya. Apapun, ni kali pertama gunakan joran, mula-mula kekok juga, last2 dah pandai sikit2 dengan bantuan fazli. Sampai ke rumah jam 0845 pm. Huhuh, tired mmg lah tired, tapi puas hati cz dapat menaikkan beberapa ekor ikan. Sory x dapat amik gambar cz excited melayan tarikan ikan di samping untuk mengelakkan ikan terlepas ( Jeep  2 kali terlepas ikan besar, tali putus ). Huhuh.

Tq all especiallly to my brother y bagi pinjam joran ( hehe ). Nanti da kesempatan,nak turun lagi...

0

17,18,19,20 Mac 2010


15 & 16 mac 2010 : Sepatutnya ada kelas, tapi student tak datang plak. No Komen, pengambilan student bukan saya yang uruskan. Yang saya tahu hanyalah datang mengajar & guide student sehinggalah mereka faham.

18 Mac 2010 : Basic Computer & Internet Applications
19 Mac 2010 : Word Processing ( MS Word )
20 Mac 2010 : Presentation Level 1 ( MS Power Point )
21 Mac 2010 : Presentation Level 2 ( MS Power point )

Kelompok student kali ini terdiri daripada student2 tingkatan 6 atas SMK Pengiran Omar & group yang paling senang diajar setakat ini. Bayangkan dalam semasa sesi Internet Application sahaja, mereka boleh sampai ke tahap mebuat blog dan juga mengubah themes ( template ) blog serta menambah widget2 yang lain.
Prestasi paling baik yang pernah d catatkan oleh student2 saya.

Masalah utama yang saya rasa masih timbul adalah kesukaran mereka untuk mengingati ID & password yang mereka gunakan. Saya dah suruh tulis atas buku sebagai langkah keselamatan, tetapi terdapat sesetengah tak berjaya login untuk keesokan hari nya lagi. Seperti yang kita tahu, setiap alphabet & nombor yang kita gunakan hanyalah sekadar yang jelas di mata kita, tetapi yang tersembunyi adalah binari yang dibaca oleh mesin komputer. Sebab itu lah perbezaan sangat besar antara huruf kecil dan huruf besar dalam dunia perkomputeran hari ini.

Sesetengah masa kami diuji juga dengan terputusnya bekalan elektrik. Huhuh, xda bekalan elektrik, kelas tak boleh jalan. Syukurlah ianya hanya sementara sahaja. Entah bila lah masalah bekalan elektrik di Sabah ini dapat di selesaikan sepenuhnya oleh pihak berwajib. Terkadang, saya juga menyelitkan dunia-dunia kehidupan di alam kampus dari segi cabaran dan cara hidup kerana alam kampus sudah semestinya adalah dunia yang mana kita kena urus dan pilih sendiri corak kehidupan yang kita kehendaki.

OK, cukup setakat di sini....

0

6,7,13 & 14 Mac 2010


6 Mac 2010 : Basic Computer & Internet Applications
7 Mac 2010 : Word Processing ( MS Word )
13 Mac 2010 : Presentation Level 1 ( MS Power Point )
14 Mac 2010 : Presentation Level 2 ( MS Power Point )

Tidak seperti kebiasaan, kali ini saya memilih terus stay di Sipitang. balik KK pun bukannya buat apa juga, jadi lagi bagus terus stay di Sipitang sehingga 23 Mac 2010 hari itu. Kelompok student kali ini memerlukan perhatian yang lebih kerana mereka agak lambat memahami latihan dan penerangan yang diberikan. Namun, apa yang baik bagi saya adalah usaha mereka untuk memahami apa yang saya sampaikan. Semua Bersemangat.

Untuk kelas Basic Computer & Internet Applications, waktu pagi saya terangkan mengenai pengenalan kepada definisi dna fungsi asas perkakasan dan perisian komputer. Sedikit sesi soal jawab saya selitkan dan untuk kelas ini, saya mewajibkan student saya menyalin nota presentation yang  saya sediakan. Basic Computer sememangnya memerlukan pemahaman yang lebih agar mereka lebih faham apa itu tikus dan apa itu papan ibu. Sesi waktu petang pula, hanya bahagian pengenalan kepada Internet dan cara-cara membuka akaun email sahaja yang dapat saya ajar kerana mereka begitu teruja dengan aplikasi email seperti send email, chatting via email. Untuk sesi ini juga, saya menggunakan email protokol yang disediakan oleh yahoo mail. Hal ini kerana lebih mudah membuka akaun email yahoo dalam kuantiti yang banyak berbanding email protokol yang lain.

Untuk kelas MS Word, saya banyak menggunakan buku sukatan yang disediakan oleh AMC untuk penyampaian dan juga latihan. Terdapat juga latihan yang saya buat sendiri terutamanya latihan SANG KANCIL ( student saya je y tau ni ). Untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam MS Word ni bukannya satu tugas yang mudah jika ianya dipelajari hanya dari jam 0800am-0500pm sahaja. Namun, apa yang penting bagi saya adalah mereka memahami fungsi asas dan peranan tab,menu dalam paparan MS Word tersebut.

Untuk kelas MS Power Point, entiti terpenting dalam kelas ini adalah supaya student tahu bila perisian MS Power Point ini akan digunakan dan proses integrasi tools yang ada. Teringat ketika mula-mula masuk UUM dulu, pertama kali menggunakan MS Power Point. Tak lah macam student2 aku ni, baru belasan tahun dah diberi pendedahan terhadap perisian MS Power Point. Apa yang penting, Kerjasama...Ceh...
Cukup setakat ini. Berikut Koleksi Gambar Student2 Yang Sempat Saya Amik....