27 February 2010

Sipitang 20 & 21 Feb 2010


PIC 1 : Student 20 Feb 2010


 
PIC 2 : Student 21 Feb 2010

Salam di Bulan Februari 2010, dah masuk bulan ke 2 di tahun 2010 rupanya.

Nampaknya pengurusan AMC ( Majikan ) suka hantar saya ke Sipitang untuk mengajar di sini. ( I Like Too ).
Pada hari pertama, course yang saya ajar ialah Basic Computer & Internet Studies. Sama gak dengan sebelum-sebelum ni. Cuma student je yang lain daripada dulu. Hari pertama hanya 6 orang je student saya. Huhuh, 6 orang jak. Walau apa pun, tugas mengajar perlu di teruskan. Pengambilan student bukan saya yang uruskan ea. Basicly kene ada 10 orang student dalam kelas, tapi dah ada 6 orang, takkan kelas x jalan pulak kan. Jadi terus mengajar cam biasa tanpa sebarang halangan.

Student cam biasa terdiri daripada kalangan pelajar dari SMK Pengiran Omar 1 & 2. Semua belasan tahun lagi. Silibus dalam kelas ni cm biasa lah, saya kene mengajar asas-asas komputer seperti tikus, hardisk, ram ,motherboard dan lain-lain lagi. Kebanyakan penerangan hanya berlegar sekitar definisi, fungsi dan juga kebaikan serta kelemahan. Ramai juga lah yang tau tengok perkakasan komputer tetapi fungsi dan juga jenis tak ramai yang tahu. Normal lah tu.

Sesi waktu petang seperti biasa hanyalah berkenaan dengan cara-cara membuat email dan juga blog sendiri. Sebelum tu student di perkenalkan kepada asas internet seperti browser dan juga method-method penyambungan internet. Hari kedua pula berkenaan dengan Microsoft Office 2007. Apa yang perlu di ajar hanyalah asas sahaja. Ianya melibatkan cara-cara create new document, simpan dokumen, masukkan gambar dan pelbagai asas-asas penggunaan Microsoft Word yang lain. Untuk kelas nie, kami menggunakan perisian Microsoft Office Word Versi tahun 2007.

Mantap pelajar-pelajar zaman sekarang ni, masih sekolah menengah dah di ajar berkenaan penggunaan komputer dan perisian asas komputer. Tak lah terkapai-kapai bila keluar dari dunia sekolah menengah dan juga masuk U pun ada asas untuk membuat pelbagai tugasan & assignment yang di amanahkan.

Special Thanks

* Kerajaan Negeri Sabah ( Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat
* Advanced Business Systems Consultants Sdn Bhd
* Pengurusan Pusat E-Desa Pekan Mesapol
* UPKR Parlimen Sipitang

No comments:

Post a Comment