25 February 2010

Tugasan Pertama 6-7 Februari 2010

Tugasan pertama yang diberikan kepada saya ialah mengajar di Sipitang. Hari pertama mengajar mengenai asas komputer dan aplikasi internet. Asas komputer macam biasa hanya mengajar berkenaan definisi dan fungsi perkakasan komputer. Hanya itu, transmisi data dalam sebuah komputer tidak di ajar ya. Hehe. Bagi aplikasi komputer pulak, saya hanya mengajar berkenaan cara membuat email dan juga memiliki blog sendiri. Sebelum tu adalah pengenalan kepada tools yang terlibat dalam aplikasi internet.

Hari kedua, mengajar Word Processing. Sesi pertama di waktu pagi adalah penerangan kepada icon-icon dan simbol dalam paparan antara muka perisian Microsoft Word 2007. Sesi petang pulak adalah latihan-latihan asas seperti masukkan imej ke dalam Word, membuat tulisan cantik menggunakan Word Art, seragamkan perenggan, masukkan tarikh, masukkan page header dan lain-lain lagi. Jangan gelak pulak, tapi hampir ke semua student tak mahir benda ni, adalah seorang dua yang tau gak.

akhir kata, terima kasih Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat ( Sabah ) yang sponsor program ni, pihak UPKR Dun Sindumin & Parlimen Sipitang dan lain-lain pihak yang tak dapat disebutkan.
Di bawah koleksi gambar yang sempat di snap.....



No comments:

Post a Comment