01 April 2010

6,7,13 & 14 Mac 2010


6 Mac 2010 : Basic Computer & Internet Applications
7 Mac 2010 : Word Processing ( MS Word )
13 Mac 2010 : Presentation Level 1 ( MS Power Point )
14 Mac 2010 : Presentation Level 2 ( MS Power Point )

Tidak seperti kebiasaan, kali ini saya memilih terus stay di Sipitang. balik KK pun bukannya buat apa juga, jadi lagi bagus terus stay di Sipitang sehingga 23 Mac 2010 hari itu. Kelompok student kali ini memerlukan perhatian yang lebih kerana mereka agak lambat memahami latihan dan penerangan yang diberikan. Namun, apa yang baik bagi saya adalah usaha mereka untuk memahami apa yang saya sampaikan. Semua Bersemangat.

Untuk kelas Basic Computer & Internet Applications, waktu pagi saya terangkan mengenai pengenalan kepada definisi dna fungsi asas perkakasan dan perisian komputer. Sedikit sesi soal jawab saya selitkan dan untuk kelas ini, saya mewajibkan student saya menyalin nota presentation yang  saya sediakan. Basic Computer sememangnya memerlukan pemahaman yang lebih agar mereka lebih faham apa itu tikus dan apa itu papan ibu. Sesi waktu petang pula, hanya bahagian pengenalan kepada Internet dan cara-cara membuka akaun email sahaja yang dapat saya ajar kerana mereka begitu teruja dengan aplikasi email seperti send email, chatting via email. Untuk sesi ini juga, saya menggunakan email protokol yang disediakan oleh yahoo mail. Hal ini kerana lebih mudah membuka akaun email yahoo dalam kuantiti yang banyak berbanding email protokol yang lain.

Untuk kelas MS Word, saya banyak menggunakan buku sukatan yang disediakan oleh AMC untuk penyampaian dan juga latihan. Terdapat juga latihan yang saya buat sendiri terutamanya latihan SANG KANCIL ( student saya je y tau ni ). Untuk memastikan mereka betul-betul mahir dalam MS Word ni bukannya satu tugas yang mudah jika ianya dipelajari hanya dari jam 0800am-0500pm sahaja. Namun, apa yang penting bagi saya adalah mereka memahami fungsi asas dan peranan tab,menu dalam paparan MS Word tersebut.

Untuk kelas MS Power Point, entiti terpenting dalam kelas ini adalah supaya student tahu bila perisian MS Power Point ini akan digunakan dan proses integrasi tools yang ada. Teringat ketika mula-mula masuk UUM dulu, pertama kali menggunakan MS Power Point. Tak lah macam student2 aku ni, baru belasan tahun dah diberi pendedahan terhadap perisian MS Power Point. Apa yang penting, Kerjasama...Ceh...
Cukup setakat ini. Berikut Koleksi Gambar Student2 Yang Sempat Saya Amik....

No comments:

Post a Comment