01 April 2010

17,18,19,20 Mac 2010


15 & 16 mac 2010 : Sepatutnya ada kelas, tapi student tak datang plak. No Komen, pengambilan student bukan saya yang uruskan. Yang saya tahu hanyalah datang mengajar & guide student sehinggalah mereka faham.

18 Mac 2010 : Basic Computer & Internet Applications
19 Mac 2010 : Word Processing ( MS Word )
20 Mac 2010 : Presentation Level 1 ( MS Power Point )
21 Mac 2010 : Presentation Level 2 ( MS Power point )

Kelompok student kali ini terdiri daripada student2 tingkatan 6 atas SMK Pengiran Omar & group yang paling senang diajar setakat ini. Bayangkan dalam semasa sesi Internet Application sahaja, mereka boleh sampai ke tahap mebuat blog dan juga mengubah themes ( template ) blog serta menambah widget2 yang lain.
Prestasi paling baik yang pernah d catatkan oleh student2 saya.

Masalah utama yang saya rasa masih timbul adalah kesukaran mereka untuk mengingati ID & password yang mereka gunakan. Saya dah suruh tulis atas buku sebagai langkah keselamatan, tetapi terdapat sesetengah tak berjaya login untuk keesokan hari nya lagi. Seperti yang kita tahu, setiap alphabet & nombor yang kita gunakan hanyalah sekadar yang jelas di mata kita, tetapi yang tersembunyi adalah binari yang dibaca oleh mesin komputer. Sebab itu lah perbezaan sangat besar antara huruf kecil dan huruf besar dalam dunia perkomputeran hari ini.

Sesetengah masa kami diuji juga dengan terputusnya bekalan elektrik. Huhuh, xda bekalan elektrik, kelas tak boleh jalan. Syukurlah ianya hanya sementara sahaja. Entah bila lah masalah bekalan elektrik di Sabah ini dapat di selesaikan sepenuhnya oleh pihak berwajib. Terkadang, saya juga menyelitkan dunia-dunia kehidupan di alam kampus dari segi cabaran dan cara hidup kerana alam kampus sudah semestinya adalah dunia yang mana kita kena urus dan pilih sendiri corak kehidupan yang kita kehendaki.

OK, cukup setakat di sini....

No comments:

Post a Comment